September 17, 2012

Mat Yo Jaga Isteri -Bukan Disisihkan



Kelantan mengesahkan penyerang kebangsaan Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha tidak disisihkan dari skuad Piala AFC atas sebab-sebab profesional

Pihak pengurusan Kelantan telah tampil memberikan penjelasan bahawa Norshahrul Idlan Talaha tidak bersama Red Warriors untuk perlawanan menentang Arbil SC adalah kerana isteri penyerang kebangsaan itu telah dimasukkan ke hospital ekoran masalah kesihatan.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim telah menafikan pengguguran nama pemain itu adalah kerana prestasi hambar seperti yang dilaporkan semalam (link).

Bagaimanapun, Mat Yo berharap agar pasukannya membuat yang terbaik dalam perlawanan ini.

"Ini adalah situasi yang sukar kerana pasukan kami tidak berada dalam kekuatan yang sebenar namun hati saya tetap bersama pasukan. Saya harap mereka melakukan yang terbaik dan berharap kami dapat keputusan yang baik," ujar penyerang berusia 26 tahun itu.

Kelantan akan bertemu Arbil SC pada malam esok dan perlawanan timbal balik akan diadakan di Kota Bharu pada 25 September.