September 17, 2012

Afiq Tentera Baru Red Warriors?

Kami sedia bincang masa
depannya bersama Kelantan:
Azman
Kota Bharu: Kemampuan
Mohd Afiq Azmi meledak
empat gol dalam enam
perlawanan peringkat
Kumpulan B Piala Malaysia
bukan saja mencuri tumpuan
peminat tetapi juga Persatuan
Bola Kelantan (KAFA) yang
bersedia membincangkan
masa depan pemain muda itu
bersama The Red Warriors
musim depan.
Pengurus pasukan, Azman
Ibrahim mengakui kehadiran
pemain tinggi lampai berusia
23 tahun itu memberi impak
positif kepada skuad
kendalian Bojan Hodak sekali
gus membantu Kelantan
muncul juara kumpulan maut.
Kami sedia berbincang
mengenai masa depannya
(Mohd Afiq) bersama pasukan
namun masa masih panjang
lagi. Apa yang kita harapkan,
dia boleh tingkatkan lagi
prestasi untuk bantu kami
memenangi kejuaraan trebel
musim ini.
Apa pun, kami akui
prestasinya sepanjang saingan
kumpulan Piala Malaysia
bagus dan kehadirannya
memberi impak besar kepada
pasukan hingga membantu
kami menjuarai Kumpulan B.
Kami harap dia meledak lagi
terutama menentang FELDA
United di suku akhir nanti,
katanya semalam.
Serasi bersama Red Warriors
Sementara itu, Afiq berkata,
dia menyerahkan kepada
KAFA untuk menilai
prestasinya namun tidak
menafikan dia semakin jatuh
hati dengan pasukan dan
penyokong setia The Red
Warriors.
Penyerang yang menyarung
jersi nombor 35 itu
bagaimanapun tidak mahu
memikirkan soal tawaran
sebaliknya mahu
memfokuskan tumpuan
terlebih dulu membantu
Kelantan dalam kempen Piala
Malaysia dan saingan Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia
(AFC) menentang kelab Iraq,
Al-Arbil di laman lawan esok.
Saya tidak boleh komen apa-
apa dan saya menyerahkan
kepada pihak pengurusan
untuk menilai saya namun
saya akui semakin serasi
bersama rakan lain dalam
pasukan ini, katanya.