July 11, 2012

FAM Bangsat!!! FAM Dengki Kelantan??



Penyokong Kelantan meluahkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan sambutan Piala Liga Super pada perlawanan terakhir The Red Warriors di Kota Bharu, Sabtu depan.

Rata-rata penyokong Sang Kijang yang berada di laman sosial Facebook nyata tidak bersetuju dengan tindakan tidak bijak badan induk bola sepak negara tersebut.

Bagi mereka, kejayaan yang diraih pasukan Kelantan wajar disambut bersama penyokong yang telah hadir pada semua perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka berbanding melakukan sambutan didalam dewan berhawa dingin FAM.

Justeru itu, mereka mendesak persatuan yang menguruskan bola sepak Malaysia itu mengambil pendekatan terbaik bagi merealisasikan hasrat penyokong yang sekian lama menantikan piala utama negara diangkat di laman sendiri.

Mereka tidak mahu sebarang campur tangan FAM dalam perkara ini dan mereka mahu pasukan Kelantan meraikan sendiri segala perkara berkaitan kejuaraan itu.

Tidak perlu pihak di dalam FAM hadir pada upacara mengangkat piala kerana ramai lagi rakyat Kelantan yang lebih berpangkat dan berjiwa negeri boleh menjadi tetamu undangan menyaksikan sejarah yang telah terpahat dalam arena bola sepak The Red Warriors.

Serahkan pada yang berhak. -RedsfcNews-