February 18, 2012

Young, Hernandez Pamer Taring United



AMSTERDAM - Manchester United mencatat kemenangan sulung pada penampilan pertama kempen Liga Europa selepas menewaskan Ajax 2-0 di Amsterdam Arena awal pagi semalam.


Pada aksi kalah mati pertama kelompok 32 terbaik tersebut, gol keme- nangan skuad The Red Devils diperoleh menerusi Ashley Young dan Javier Hernandez.


Young yang kembali bermain selepas berehat panjang kerana mengalami kecederaan meledakkan gol pertama United pada minit ke-59 sebelum Hernandez menambah gol kedua lima minit sebelum permainan tamat.


Kemenangan tersebut pasti memberikan kelebihan kepada kelab gergasi England itu untuk menghadapi aksi kedua di Old Trafford pada 23 Februari ini.


"Saya berasa gembira dengan kemenangan ini," kata pengurus United, Alex Ferguson.


"Ia adalah suatu persembahan yang biasa kami tampilkan. Kami tidak mencapai tahap yang tinggi dalam perlawanan itu tetapi kami bermain lebih baik pada babak kedua dan kami berhak untuk menang."


Ferguson berkata, jaringan Hernandez pada minit ke-85 telah memberi- kan kelebihan besar buat United untuk menempah slot ke kelompok 16 terakhir.


"Ia memberikan kami peluang yang baik," kata Ferguson.


"Kami tidak mahu 'mendabik dada' tetapi bermain di gelanggang sendiri di Old Trafford, kami mempunyai peluang yang lebih besar untuk mara ke pusingan seterusnya.


Sementara itu, jurulatih Ajax, Frank de Boer menyuarakan kekecewaan di atas kekalahan pasukan tersebut kepada United.


"Untuk menewaskan United, kamu perlu bermain seratus peratus dan si- tuasi itu tidak berlaku malam ini (awal pagi semalam)," kata de Boer.


"Terdapat perbezaan yang besar antara kedua-dua kelab. Saya tidak fikir kami akan menang 3-0 di sana (Old Trafford)." - AFP