February 6, 2012

Keputusan Penuh Chelsea vs Man United [Video Highlight Available]


Pemain gantian Man United, Javier Hernandez menjaringkan gol bermakna buat Red Devils untuk mengutip satu mata dalam perlawanan yang penuh dramatik menyaksikan anak buah Ferguson bangkit untuk keputusan seri 3-3 di Stamford Bridge.


Selepas 45 minit, Chelsea berada di depan apabila Johny Evans menjaringkan gol sendiri.


Bersambung babak kedua, Juan Mata menjaringkan gol kedua apabila membuat satu volley yang cantik hasil hantaran daripada rakan senegara, Fernando Torres, sebelum Rio Ferdinand mengikut jejak langkah Evans untuk menjaringkan gol sendiri apabila tandukan David Luiz terkena badannya dan bola melantun masuk ke dalam gawang.


Perlawanan bertambah menarik apabila Man United dihadiahkan dua sepakan penalti oleh pengadil Howard Webb yang dilihat berat sebelah. Patrice Evra dan Welbeck dijatuhkan dalam kotak penalti dan Rooney tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan dua gol.


Chelsea dikejutkan dengan jaringan penyamaan Man United enam minit sebelum masa tamat apabila Hernandez membuat tandukan cantik apabila menerima hantaran lintang dari Giggs.


De Gea juga menunjukkan persembahan yang bagus apabila menyelamatkan tendangan percuma Juan Mata dan rembatan jarak jauh Gary Cahill.


Dalam satu perlawanan lain, Newcastle United berjaya menewaskan Aston Villa dengan jaringan 2-1. Gol Newcastle dijaringkan oleh Demba Ba dan Papiss Cisse manakala Robbie Keane pula mencatat nama sebagai penjaring buat Aston Villa.