January 26, 2012

[Video] Liverpool Tundukkan Ego Kelab Jutawan

 LIVERPOOL: Craig Bellamy membawa tuah kepada Liverpool apabila gol penyamaannya memastikan bekas kelabnya, Manchester City terkeluar daripada beraksi di final Piala Liga Inggeris pada aksi dramatik separuh akhir kedua, di Anfield, awal pagi tadi. 

Ketika wisel akhir, kedua-dua pasukan seri 2-2, namun Liverpool mara ke final di Wembley untuk bertemu Cardiff City, bulan depan dengan kemenangan agregat 3-2.



Pada aksi separuh akhir pertama lalu, Liverpool mengejutkan tuan rumah 1-0.






City terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan jarak jauh Nigel De Jong pada minit ke-31 sebelum Steven Gerrard menyamakan kedudukan 1-1 menerusi penalti pada minit ke-41. 

Penyerang City, Edin Dzeko kembali meletakkan agregat 2-2 apabila meledak pada minit ke-67, namun Bellamy memberi kelebihan kepada Liverpool menerusi jaringannya pada minit ke-74. - AFP