January 26, 2012

[Video] Real Madrid Ditunjukkan Jalan Keluar

BARCELONA: Barcelona menyingkirkan juara bertahan, Real Madrid pada saingan Piala Sepanyol menerusi kemenangan agregat 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada suku akhir kedua, di Nou Camp, awal pagi tadi.

Pasukan tuan rumah seakan selesa pada separuh masa pertama menerusi jaringan Pedro pada minit ke-42 manakala Dani Alves pada minit ke-45.






Namun Real bangkit menerusi jaringan Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema pada minit ke 68 dan minit ke-72 untuk menjadikan kedudukan terikat 2-2.
Bagaimanapun, Barca mara ke separuh akhir menerusi agregat 4-3 selepas menang 2-1 pada aksi suku akhir pertama sebelum ini. - AFP