January 12, 2012

Redknapp Bangga Aksi Anak Buah



Harry Redknapp bangga dengan prestasi anak buahnya apabila berjaya merapatkan jurang kepada tiga mata dengan Man City apabila berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Everton.

Gol telah dijaringkan oleh Aaron Lennon dan Benoit Assou Ekotto memberikan kemenangan bergaya Spurs di White Hart Lane.

Tottenham kini bekongsi mata dengan Man United berada di tangga kedua dan hanya tiga mata di belakang pendahulu liga, Man City.

"Tiada apa-apa yang mustahil dan anda harus percaya. Saya gembira melihat corak permainan anak buah saya. Sekiranya anda tidak terhibur dengan persembahan mereka, anda tidak sepatutnya menonton bola sepak.

"Ia adalah kemenangan yang bagus buat kami, ia sentiasa menjadi tugas sukar untuk menewaskan Everton- kamu tidak akan pernah mendapat perlawanan mudah dengan mereka dan David Moyes menggunakan teknik menyerang habis-habisan pada malam ini. Mereka bermula dengan baik, namun prestasi kami juga terbaik malam ini." kata Redknapp kepada Skysports.