January 12, 2012

Terry Cuba Lupakan Kecederaan



Kapten Chelsea,John Terry cuba untuk tidak risau akan kecederaan lutut yang dialaminya dan berusaha untuk kekal cergas bagi perlawanan menentang Sunderland pada Sabtu ini.


Terry mengalami kecederaan lutut apabila cuba menghalang bola daripada memasuki gol ketikan menentang Portsmouth yang menyaksikan Chelsea menang 4-0 dalam perlawanan tersebut.


Kapten Chelsea dan England dilaporkan boleh meneruskan latihan namun bengkak di bahagian lututnya memberikan sedikit masalah kepadanya.


Hal ini telah menyebabkan Terry terpaksa menjalani ujian kecergasan dan dia juga memerlukan injection selepas perlawanan menentang Wolves Isnin lepas.


Chelsea akan menerima kunjungan Sunderland dalam pertemuan Liga Perdana hujung minggu ini, dan Terry berharap kembali cergas untuk melibatkan diri dalam perlawanan itu.


Terry memberitahu Chelsea TV: "Saya cuba bermain dengan baik walaupun lutut kanan saya sakit dalam perlawanan menentang Portsmouth.


"Semuanya bakal ok. Lutut saya sedikit bengkak. Namun saya pasti ia akan pulih dalam masa dua hingga tiga hari."