January 12, 2012

Man City 0-1 Liverpool | Gerrard Hebat



Steven Gerrard menjaringkan gol melalui sepakan penalti untuk memastikan The Reds berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Man City dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga di Etihad Stadium.


Joe Hart berjaya melakukan three top-class save, menafikan percubaan daripada Andy Carroll, Gerrard dan Stewart Downing, namun akhirnya kekebalan itu tewas melalui sepakan penalti kapten Liverpool, Steven Gerrard.


Pengadil perlawanan, Lee Mason memberikan sepakan penalti kepada Liverpool apabila Stefan Savic menjatuhkan Daniel Agger dan Gerrard tanpa melakukan sebarang kesilapan membuat sepakan yang kencang daripada 12 meter pada minit ke-13.


City cuba untuk merapatkan jaringan dengan Balotelli dikeluarkan dan digantikan dengan Samir Nasri, namun gagal untuk menembusi benteng Liverpool yang begitu kebal pada separuh masa kedua.


Kecekapan Pepe Reina juga turut menjadi faktor kemenangan Liverpool apabila menyelamatkan bola tandukan Micah Richards.


Kekalahan ini merupakan kekalahan pertama Man City ke atas Liverpool di Etihad Stadium sejak Februari 2008.