December 30, 2011

Modric Mahu Kekal DI Tottenham Sehingga Musim Panas


Bintang Spurs, Luka Modric menegaskan yang dia tidak akan meninggalkan kelab pada Januari ini, mendakwa dia gembira untuk terus bermain bersama Tottenham.

Playmaker Crotia itu bermain dengan begitu hebat pada musim ini, namun ia dilihat bakal meninggalkan White Hart Lane pada musim panas depan selepas membuat pendedahan mahu berhijrah ke Chelsea.

Namun pengerusi Spurs, Daniel Levy dengan tegas menyatakan bahawa dia tidak akan menjual Modric.

Tottenham sekarang berada pada kedudukan ke-3 liga berada di belakang dua Manchester iaitu City dan United.

"Saya telah membaca semua berita dalam akhbar, tapi buat masa sekarang, saya tidak mahu ambil kisah tentang itu."kata Modric.

"Setelah mengambil kira banyak faktor, saya memutuskan untuk tidak berhijrah sehingga musim panas.

"Ini adalah fakta yang jelas mengapa saya masih kekal di Tottenham. Hubungan saya dengan Spurs amat baik dan Spurs memberi layanan yang baik kepada saya dalam setiap permainan."