December 25, 2011

Liverpool Mahu Jelavic




Penyerang Rangers, Nikica Jelavic kini dikaitkan dengan perpindahan mengejutkan ke Liverpool dan Kenny Dalglish dilaporkan bersedia untuk membida penyerang Crotia itu.

Everton, Fenerbache dan QPR juga dikatakan berminat untuk mendapatkan penyerang yang berharga GBP4 juta itu. The Reds dalam keadaan terdesak mencari penyerang bagi menggantikan Luis Suarez yang digantung lapan perlawanan liga.

Semenjak tiba ke Rangers dari Rapid Vienna, Jelavic menjadi hero di Ibirox dan untuk musim ini dia telah menjaringkan 12 gol dalam 18 perlawanan dalam liga Scotland.