December 30, 2011

Henry Bakal Kembali Bersama Arsenal


Sumber daripada SKYSPORTS difahamkan Thierry Henry telah ditawarkan peluang untuk menyertai Arsenal dan harus bersetuju pinjaman untuk dua bulan dalam tempoh 48 jam.

Spekulasi berkaitan kembalinya Henry ke Arsenal bertiup apabila Arsenen Wenger memanggil Henry untuk berlatih bersama Arsenal apabila tamatnya musim di Major League Soccer.

Wenger pada awalnya tidak berminat untuk membawa Henry masuk secara pinjaman namun apabila memikirkan masalah penyerang yang dialami, Wenger mula mengubah fikiran untuk berbincang dengan Henry.

Difahamkan, dalam rundingan ini Henry harus memberi keputusan pada Sabtu ini, dan selepas itu dia akan dibenarkan untuk bermain bersama Arsenal di Emirates Stadium pada awal Tahun Baru.

Henry kini memegang rekod penjaring terbanyak di Emirates Stadium sepanjang lapan tahun bersama Arsenal.