December 29, 2011

Gerrard Perlukan Masa | Kenny Dalglish



Kenny Dalglish meraikan kembalinya kapten Liverpool, Steven Gerrard daripada kecederaan setelah berehat panjang.

Gerrard beraksi selama 20 minit dalam perlawanan yang menyaksikan Liverpool seri 1-1 dengan kelab tercorot, Blackburn.

"Ia adalah sesuatu yang fantastik. Dia kembali dan kelihatan kuat dan cergas," kata Dalglish.

"Namun dia memerlukan sedikit masa untuk kembali cergas sepenuhnya."

Gerrard membuat penampilan pertama sejak 22 Oktober lalu selepas mengalami kecederaan di buku lali kanan.

Kecederaan itu muncul hanya selepas sebulan dia kembali dari rehat enam bulan akibat pembedahan.

Charlie Adam menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan menentang Blackburn sebelum Maxi Rofriguez menjadi penyelamat menjaringkan gol penyamaan dengan satu tandukan yang menggegarkan gawang Balckburn.