December 28, 2011

Chelsea Mahu Cavani




Andre Villas-Boas sedang memerhati pemain berbisa Napoli, Cavani untuk dibawa masuk ke Stamford Bridge.

Cavani merupakan seorang pemain yang hebat dimana dia telah menjaringkan 9 gol dalam 14 perlawanan. Penyerang Uruguay yang tinggi ini juga telah membuat 48 tendangan ke arah pintu gol setakat ini.

Chelsea tidak menjaringkan banyak gol seperti yang diinginkan musim ini. Banyak wang telah dilaburkan terutama kepada Ferando Torres, namun Torres tidak berada di puncak prestasi semenjak menjejakkan kaki ke Stamford Bridge. Anelka pula bakal meninggalkan kelab, jadi Cavani mungkin akan menjadi sasaran utama bagi menyelesaikan isu penyerang dalam Chelsea.

Pemain yang berusia 24 tahun ini mempunyai instim yang tinggi sebagai seorang penjaring gol.