Petr Cech bakal menggunakan topeng terbarunya andai dia turun beraksi buat Republik Czech ketika melayan kunjungan Montenegro pada aksi pertama playoff Euro 2012, awal pagi esok.
Penjaga gol Chelsea itu bagaimanapun masih belum yakin sepenuhnya untuk beraksi selepas mengalami kecederaan patah hidung ketika bertemu Blackburn, Sabtu lalu.
“Kehadirannya di atas padang cukup penting kerana dia salah seorang penjaga gol terbaik di dunia. Jadi saya harap dia akan bersedia untuk diturunkan.”
Andai Cech tidak dapat beraksi, Bilek bakal mempertaruhkan penjaga gol Hamburg, Jaroslav Drobny yang beraksi ketika Republik Czech seri 2-2 dengan Scotland pada saingan kelayakan sebelum ini. – Reuters
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!