November 24, 2011

Godam 1Malaysia – Ada Kaitan Dengan Kemenangan Pasukan Bola Kita – Rais Yatim



KUALA LUMPUR – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan perbuatan menggodam laman web 1Malaysia sebagai sabotaj luaran yang ada kaitan dengan kemenangan pasukan bola sepak negara di Sukan Sea di Jakarta baru-baru ini.
Menurut beliau, sejak Malaysia menang perlawanan bola sepak tempoh hari, sudah 129 godaman dilakukan terhadap laman-laman web di negara ini.
“Perbuatan ini benar-benar macam kata pepatah `tak dapat tanduk telinga dipulas,”
“Hanya manusia curang dan tak cukup akal tergamak berbuat demikian. Sukan dan olahraga patut tinggal sukan dan olahraga tak sepatutnya diterjemahkan kepada lain-lain perbuatan balas dendam,” kata beliau kepada Mynewshub.my.
Serentak itu, Rais mengingatkan semua pihak yang mengoperasikan laman web masing-masing supaya mewujudkan `firewall’ atau benteng tahanan sendiri secara siap siaga sekali gus memberi maklumat kepada SKMM dan lain-lain pihak yang bertanggungjawab.
Dalam hal ini, beliau percaya rakyat Indonesia yang cintakan kedamaian dan hidup harmonis dalam wilayah berjiran dan berbudaya serumpun tidak menyebelahi perbuatan keji tersebut.
Kata Rais: “Hanya yang sempit akal yang suka melakukan perbuatan seperti itu,”.
Malangnya tindakan undang-undang tak dapat diambil lantaran godaman itu berpunca dari luar negara.
“Fakta yang harus diterima ialah ilmu pengkomputeran sudah dijadikan senjata yang berupaya merosakkan ketenteraman,” katanya. – mynewshub.my


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!