October 2, 2011

Tke Kop Benam Musuh Setempat!



PENGURUS Everton, David Moyes membidas tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada pemainnya, Jack Rodwell seawal minit ke-23, seterusnya menyebabkan mereka tewas 0-2 kepada Liverpool pada pertemuan setempat Merseyside di Goodison Park, malam tadi.
Everton dilihat lebih menguasai permainan sehinggalah mereka terpaksa beraksi 10 pemain dan kesempatan itu digunakan dengan baik oleh Liverpool yang berjaya menghasilkan dua gol lewat menerusi Andy Carroll, minit ke-71 dan Luis Suarez, minit ke-82.
Terdahulu, sepakan penalti Dirk Kuyt pada minit ke-44 berjaya ditepis keluar penjaga gol Everton, Tim Howard.
“Saya anggap kad merah itu telah merosakkan permainan. Terdapat banyak persoalan setiap kali pertemuan setempat seperti terjahan keras dan juga kad merah.
“Tapi bagi saya, ia bukanlah terjahan kasar. Sesuatu yang sukar untuk kami berdepan Liverpool meskipun ketika 11 lawan 11. Jadi ia lebih menjadi sukar apabila kami beraksi 10 pemain,” kata Moyes.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!