Inilah antara luahan para pembaca media tempatan dari kalangan penyokong Kelantan yang membaca
artikel serangan psikologi dari ketua jurulatih Terengganu Irfan Bakti. Kali ini seluruh penyokong Kelantan tidak akan terikut-ikut dengan khabar angin dan tidak mahu memberi lebih tekanan dengan isu rekaan kepada pemain. Memang diakui rekod perlawanan sebelum ini tidak lagi boleh dijadikan panduan, namun rekod ini boleh dijadikan semangat kepada para pemain untuk mengekalkan kehebatan mereka disamping tidak memandang mudah kehebatan lawan. Sekurang-kurangnya peminat dan pemain tahu tahap pencapaian mereka sebelum ini.

Jika dilihat pada prestasi semasa Kelantan, tumpuan ketua jurulatih Kelantan Datuk M. Karathu kini terarah memperkemaskan bahagian benteng pertahanan yang dilihat longgar dalam perlawanan peringkat kumpulan lalu, selain tumpuan akan diberikan kepada bahagian tengah dan serangan supaya bijak mencipta ruang dan memanfaatkan peluang gol.
Hari untuk semua pemain Kelantan bergembira atau beraya sudah berakhir, kini mereka perlu bersungguh-sungguh memastikan harapan puluhan ribu penyokong Kelantan ingin ke Bukit Jalil tercapai sekali lagi. Perlawanan suku akhir pertama harus digunakan sebaik mungkin untuk memperoleh kelebihan bekalan sebelum beraksi di stadium sendiri.

Balingan objek ke padang masih menjadi tabiat sukar dibendung oleh kedua-dua penyokong, namun balingan batu oleh segelintir penyokong Terengganu yang tidak bertanggungjawab selepas perlawanan sepertimana berlaku julai lalu cukup merisaukan penyokong Kelantan yang sentiasa berani menggempur stadium pasukan lawan berbanding penyokong Terengganu yang berani dan gah di stadium sendiri sahaja. Mereka berharap insiden ini tidak akan berulang lagi 10 oktober nanti.
Persiapan seluruh peminat dan pemain Kelantan ke Kuala Terengganu sudah dirancang rapi, sama-sama kita doakan semoga Kelantan diberikan kejayaan dan perjalanan seluruh penyokong selamat pergi dan balik tanpa sebarang insiden.
Pantang The Red Warriors mengaku kaloh sebelum masuk pade............GOMO KELATE GOMO.............
Kredit: theredwarriors.com
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!