credit:Redsfc-news.blogspot.com
Semua peminat bola sepak Kelantan teruja dan menantikan secara rasminya pengumuman kehadiran dua lagi bintang kedalam pasukan Red Warriors.
Sudah dipastikan kebenarannya dari sumber dalaman namun peminat masih tetap menantikan pengesahan dari mulut Presiden KAFA sendiri dengan kehadiran dua bintang muda ini ke skuad Kelantan.
Dijangkakan pengumuman penuh senarai pemain dan pembelian terbaru ini dilakukan sendiri Tan Sri Annuar Musa, petang ini.
Menurut sumber, dua pemain ini sebenarnya sudah lama menyatakan minat untuk mewakili Kelantan tetapi perlu mendapatkan pelepasan dari pasukan asal kerana mereka terikat dengan kontrak.
Tindakan KAFA menebus kontrak mereka berdua dengan skuad lama memberi ruang buat dua pemain ini untuk beraksi dengan Sang Kijang.
Dikhabarkan dari sumber tersebut, Badrol Bakhtiar dan Safiq Rahim hanya meminta sejumlah gaji yang kecil tetapi mahu janji pihak pengurusan untuk beraksi kerap diatas padang.
Kehadiran dua nama ini ke dalam skuad akan menambahkan lagi kekuatan Sang Kijang untuk mendapatkan seberapa banyak kejuaraan yag ditawarkan pada tahun 2011.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!