October 16, 2011

Piala Malaysia | Kelantan Akur




KEKALAHAN pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2011 kepada Terengganu malam kelmarin terus melenyapkan impian Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan yang diraih mereka musim lalu.
Kejayaan mengikat kedudukan 2-2 di gelanggang sendiri tidak membawa erti apa-apa buat skuad The Red Warriors itu apabila terpaksa tunduk dengan agregrat 3-5.
Kelantan gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu sele- pas tunduk dengan agregat 3-5 kepada Terengganu biarpun berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada perlawanan suku akhir kedua di Kota Bharu malam kelmarin.
Perlawanan malam kelmarin menyaksikan Kelantan dikejutkan dengan dua gol oleh pasukan Terengganu hasil jaringan Ashaari Samsuddin pada minit ke 18 dan 39
sebelum Kelantan menyamakan kedudukan melalui Azamuddin Akil pada minit ke 54 dan sepakan penalti ketua pasukan, Badri Radzi pada minit ke 70.
Di sebalik kekecewaan tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, masih optimis dengan masa depan pasukannya dan menjanjikan kebangkitan pada musim depan.
Menurutnya, Terengganu layak untuk menang selepas mempamerkan aksi yang cukup konsisten biarpun beraksi di hadapan ’ ‘lautan tentera merah’ yang membanjiri Stadium Sultan Muhammed IV.
“Terengganu layak untuk menang. Kita ucapkan selamat maju jaya dan Kelantan kena mula merancang untuk tahun depan. Mereka (Terengganu) layak untuk untuk menang dan kita kena menghormatinya.
“Kita gagal, dalam sukan kalah adalah gagal. Kita kena terima hakikat kalah kepada pasukan yang lebih baik. Terengganu bermain dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, kelebihan nyata berpihak kepada Kelantan kerana beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri namun, terpaksa akur dengan melepaskan dua gol untuk Terengganu mendahului dengan lebih selesa.
Jelasnya, kesilapan barisan pertahanan jelas membuatkan kedudukan Kelantan lebih tertekan ketika mereka perlu mencari dua gol untuk mengimbangi perlawanan selepas tewas di Kuala Terengganu dengan 3-1, Isnin lalu.
“Kita main tempat sendiri dengan penyokong yang penuh dan segala-galanya, tapi kita masih melepaskan dua gol kerana pertahanan kita membuat kesilapan berbanding barisan pertahanan Terengganu.
“Kelantan kena pandang ke depan, setakat ini kita belum putuskan siapa yang akan menyarung jersi Kelantan musim depan. Kita juga sedang mencari pemain import yang bagus,” jelasnya.
Katanya, sesi pemilihan pemain akan terus berjalan terutama untuk mencari pemain import yang sesuai dan beberapa perlawanan persahabatan akan dijalankan untuk menguji pemain-pemain yang akan dipilih.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!