October 16, 2011

EPL | City Melonjak Ke Persada Liga


MARIO Balotelli (kanan) menjaringkan gol pertama City menentang Aston Villa di Stadium Etihad, malam tadi.

SELANG dua jam selepas terikat dengan Liverpool 1-1 di Anfield, Manchester United melihat kedudukan mereka di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) disanggah pasukan tetangga Manchester City yang menewaskan Aston Villa, 4-1.
Pasukan mewah kendalian Roberto Mancini mendahului 2-0 hasil gol Mario Balotelli dan Adam Johnson di babak pertama sebelum Vincent Kompany mengukuhkan kedudukan pada minit ke-52 dan walaupun Stephen Warnock cuba merapatkan kedudukan, James Milner memastikan kemenangan dengan gol keempat buat pasukan Eastlands itu.
Dengan tiga mata yang diraih, City berada di persada dengan 22 mata selepas lapan perlawanan, dua mata di depan United yang cemas seketika apabila Steven Gerrard menjaringkan gol pertama dalam penampilan semula selepas tujuh bulan berehat pada minit ke-68. 

Pengurus Alex Ferguson memasukkan Wayne Rooney, Nani dan Javier Hernandez yang mengikat kedudukan menerusi tandukan jarak dekat ketika permainan berbaki sembilan minit, sekali gus menyelamatkan rekod tanpa kalah Red Devils musim ini.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!