October 20, 2011

Liga Europa | Preview Perlawanan



Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp hampir pasti akan sekali lagi memberi peluang kepada beberapa pemain yang kurang mendapat peluang beraksi sebelum ini untuk pertarungan merebut tempat teratas Kumpulan A Liga Europa apabila menentang Rubin Kazan di White Hart Lane, awal pagi esok. 

Redknapp terpaksa menaruh harapan kepada pemain terbabit ekoran pilihan pemainnya terhad ekoran kecederaan yang masih melanda Ledley King, Michael Dawson dan William Gallas.

Perlawanan Kumpulan A lain menyaksikan Shamrock Rovers bertandang ke PAOK Salonika, dengan kedua-dua pasukan masih mencari kemenangan pertama.
Shamrock memberikan kebimbangan kepada Tottenham dalam perlawanan terakhir mereka di peringkat Eropah di London, tetapi perjalanan jarak jauh dan suasana sambutan hangat yang menanti di Greece, mungkin akan sedikit menjejaskan peluang untuk mengekalkan kejuaraan liga Ireland tatkala musim saingan domestik mula mencapai kemuncak. 

Stoke City boleh mengambil langkah besar untuk mara ke peringkat seterusnya jika dapat menewaskan kelab Israel, Macccabi Tel-Aviv, manakala Fulham juga boleh mengikut jejak langkahnya dengan kemenangan di tempat lawan ke atas Wisla Krakow di Poland. 

Bagi Birmingham City, Liga Europa boleh dianggap sedikit gangguan tatkala mereka cuba untuk mencatat kemenangan serta merta selepas kembali mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Namun, penyokong Blues masih berazam untuk bergembira dengan kempen Kumpulan H yang mana seramai kira-kira 10,000 dijangka melakukan perjalanan ke Belgium untuk perlawanan menentang Brugge yang tidak tewas dalam saingan liga domestik dan menang dalam dua perlawanan kumpulan setakat ini. 
Saya rasa, apabila tiba, pasti menjadi satu pengalaman menyeronokkan dan pemain akan meningkatkan permainan mereka untuk itu, kata pengurus Birmingham, Chris Hughton.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!