October 7, 2011

Harimau Malaya PONDAN!!!



Begitu bangganya menjadi ANAK MALAYSIA. Skuad Harimau Malaya hari ini harus dipuji kerana berjaya membuat persahabatan dengan Australia yang berada pada ranking-19 dunia. Dengan semangat berkobar-kobar, ramai penyokong bola sepak Malaysia menuggu aksi pasukan kesayangan beraksi di negara orang dengan harapan dapat mencipta satu sejarah baru dalam bola sepak negara.


Namun harapan hanya tinggal harapan sahaja. Nyata Malaysia bukan lawan Australia. Kekalaha 5-0 kepada Australia meniggalkan kesan yang amat pahit dalam hati setiap peminat bola sepak tanah air.


Siapa yang harus dipersalahkan? Bagi saya individu yang harus dipersalahkan dalam perlawana hari ini ialah jurulati bola sepak negara K.Rajagombal. Sepanjang perlawanan tadi Datuk K hanya berdiri di luar padang dengan muka selamba tanpa ada sedikit pun perasaan bersalah kepada rakyat Malaysia. Bila kemera fokus kepada Datuk k, nyata kita semua dapat lihat bahawa dia kelihatan seperti seorang tua yang sudah nyanyuk.


Maaf sekiranya anda tidak bersetuju dengan pandangan saya. Kita tidak boleh lagi hanyut dengan memori indah berjaya menjadi juara Piala AFF. Disebabkan masih lena dibuai mimpi lama, akhirnya skuad kebangsaan kita terus menerus menjadi pasukan belasahan.


Datuk K nyata nanyuk kerana meletakkan pemain bukan pada posisi yang sebenar. Sekiranya anda menonton perlawanan tadi, mesti anda akan dapat melihat beberapa orang pemain Malaysia yang diletakkan pada posisi yang salah. Contohnya Joseph Kalang, dalam skuad Terengganu dia diletakkan pada posisi sayap. Namun dalam skuad ini, dia diletakkan pada posisi tengah. Ape kess????


Ruben merupakan striker, tapi kenapa diletakkan pada posisi midfielder? Penyerang Kuala Lumpur yang memakai jersi 21 dalam perlawanan tadi, kenapa diletakkan pada posisi pertahanan kiri menggantikan Mahali Jasuli? Ini adalah antara beberapa orang pemain yang tidak diletakkan dalam posisi asal. Jadi betul lah Datuk K sudah nyanyuk.


Dari segi taktikal pula, Malaysia masih lagi kekal dengan taktik lama. BERTAHAN.


Sampai bila kita harus mengekalkan corak bertahan? Bukankah kita boleh mengubah taktik daripada bertahan dan cuba bermain dengan cara menyerang? Datuk K masih mengekalkna formasi 4-4-2. Maaflah kalau saya cakap bahawa formasi in sudah lapok. Formasi ini tidak sesuai digunakan oleh pasukan Malaysia. Kita mempunyai ramai penyerang. Jadi tidak salah sekiranya kita bermain dengan formasi 4-3-3. Ataupun kalau kita ingin mengusai sesuatu perlawanan, kita boleh juga menggunakan formasi 4-5-1. Tapi itulah kegilaan Datuk K. Menggunakan formasi 4-4-2 tetapi corak permainan BERTAHAN. FUCK!

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!