Barisan pemain Kelantan yang turun beraksi menentang Songkhla FC. Kelantan tewas 1-3.
Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, kekalahan 1-3 dalam perlawanan itu tidak menjejaskan moral pemain kerana ia hanya sekadar untuk menguji keserasian empat pemain import iaitu Jocip Bonacin (Croatia); Emmanuel Okine dan Denny Antwi (Ghana) serta Chikondi Mpulula (Malawi) dan memberi peluang kepada pemain simpanan mempamerkan kebolehan.
Kelantan memeranjatkan pelawat dengan mendahului perlawanan seawal minit pertama melalui jaringan Chikondi tetapi pada babak kedua, mereka gagal mendapatkan sebarang gol malah dihukum apabila lawan memperoleh tiga gol dalam perlawanan yang tertangguh beberapa minit kerana hujan lebat.
Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mempunyai hanya sehari untuk menyusun semula percaturan selepas kepulangan tiga tonggak, Norsharul Idlan Talaha, S Chanturu dan Khairul Fahmi Che Mat yang pulang semalam.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!