September 6, 2011

Transfer I EPL 6 September 2011 Gossip



Gerard Deulofeu sering disamakan dengan Messi

Barcelona cuba untuk bersaing dengan Chelsea dan Arsenal bagi mendapatkan pemain muda yang kini bermain bersama akademi La Masia, Gerard Deulofeu.

Man United dilaporkan akan menurunkan harga kepada £15 juta untuk membawa masuk Jack Rodwell (Everton) apabila tingkap perpindahan dibuka Januari depan.

Pengurus Aston Villa berazam untuk membawa masuk kembali Steven Davis yang kini bermain bersama Rangers.

Jose Maurinho telah memberitahu Wesley Snijder supaya tidak meninggalkan Inter Milan untuk ke Man United.

Pengurus Wolves mahu menandatangani penyerang Scotland, James McFadden yang dilepaskan oleh Birmingham dan kini berstatus agen percuma.

Arsene Wenger kini sedang memerhatikan penyerang Norway dan Hannover 96, Mohammed Abdellaoue.

Man United dan Arsenal bersedia untuk bersaing bagi mendapatkan pemain remaja Jerman, Mario Goetze yang kini bermain bersama Borussia Dortmund.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!