September 5, 2011

Tony Idam Beckham



Kuda tua menarik minat Fernandes

Pemilik baru Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes bercadang untuk mendapatkan khidmat David Beckham.

Ahli perniagaan Malaysia itu percaya ia akan membantu impian Olimpik Beckham dan mahukannya di Loftus Road sebaik musim MLS berakhir bersama LA Galaxy.

Beliau percaya bekas kapten England itu akan teruja dengan penampilan dalam pasukan utama secara kerap menjelang temasya London.

Beckham,36, tidak merahsiakan hakikat dia mahu bermain pada Sukan Olimpik 2012.

Tony bagaimanapun sedar harga Becks terlalu mahal namun percaya penjualan jersi dan barangan lain mampu menebus semula kos membawanya ke barat London.

Kontrak pemain itu di Galaxy tamat hujung musim ini.
Dia ditawarkan satu kontrak baru namun setakat ini masih belum membuat sebarang komitmen.

Seorang sumber Rangers berkata: “Tony menjanjikan Neil Warnock sokongan penuh dalam pasaran perpindahan dan membuktikannya baru-baru ini.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!