September 22, 2011

Perak FA Mahu Trio!


Cemerlang bersama skuad kebangsaan.

PENYOKONG Seladang menerima khabar gembira apabila Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) menyatakan hasrat untuk menawarkan kontrak secara profesional kepada tiga pemain kebangsaan iaitu Shafiq Rahim dari Selangor, Fadhli Shas (Harimau Muda) serta Abdul Hadi Yahya (Terengganu), untuk mewakili skuad Kejor Yob Kejor itu dalam saingan Liga Malaysia musim 2012 kelak. 

Bagaimanapun, Pengurus Perak, Khairul Azwan Harun pada sidang media tergempar di pejabatnya semalam berkata, sehingga hari ini pihaknya belum menghubungi semua pemain tersebut kerana masih tidak pasti status kontrak mereka dengan majikan masing-masing. 

Katanya, Pafa bakal menghantar surat rasmi dalam masa terdekat ini bagi menawarkan kontrak secara profesional kepada tiga pemain berkenaan mewakili skuad Kejor Yob Kejor itu pada musim 2012.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!