September 22, 2011

Chong Wei Bisa Di Negara Samurai!


Menang mudah!

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun, selepas menumpaskan Rajiv Ouseph dari England 21-13,21-13. 

Lawannya hari ini adalah pemain ke-6 China Wang Zhengming manakala turut mengesahkan tempat ke pusingan berikutnya adalah beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang hanya mengambil masa 20 minit untuk membenam cabaran pasangan tuan rumah Saeki Hiroyuki-Taohata Ryota, 21-10,21-8. 

Lebih manis beregu kedua negara, Goh Wei Shem-Lim Khim Wah turut mara setelah mengetepikan cabaran pasangan Korea Selatan, Kim Jung Ki-Shin Baek Choel, 22-20, 21-19. 

Kien Keat-Boon Heong sekali lagi berhadapan gandingan Jepun, Hirobe Yoshiteru-Kazuno Kenta, manakala Wei Shem-Khim Wah bertemu pemain China, Chai Biao-Guo Zhendong.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!