September 29, 2011

Panas!! Tevez Disingkirkan!


Mengundang marah jurulatih. 

“ DIA tidak akan bermain lagi untuk pasukan ini dan saya tidak mahu keadaan seperti malam ini berulang!,” kata Roberto Mancini mengenai Carlos Tevez selepas penyerang itu enggan bermain dalam perlawanan menentang Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) di Allianz Arena, awal pagi semalam. 

Mancini berkata, beliau akan merujuk perkara itu kepada pengerusi kelab, Khaldoon al Mubarak bagi mengeluarkan penyerang itu dari kelab berkenaan. 

Tevez kini dianggap sebagai pengkhianat, apabila enggan membantu rakan sepasukannya yang ketinggalan 0-2 kepada Bayern. 

Keputusan itu menyaksikan The Citizen merasai ‘nikmat’ kekalahan pertama dalam saingan UCL selepas sekadar seri 1-1 ketika menentang Napoli pada perlawanan pembukaan Kumpulan A, dua minggu lalu. 

Musim panas lalu Tevez dilaporkan mahu meninggalkan City namun, selepas dipujuk dengan tawaran gaji yang lumayan pemain antarabangsa Argentina itu terpaksa kembali bersama kelab itu untuk musim baru.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!