Wan Jamak salahkan pengadil punca Kedah kalah.
“Kami sepatutnya dapat dua gol bersih tetapi kami dirompak oleh pengadil perlawanan menyebabkan gagal untuk mencari gol kemenangan untuk ke peringkat suku akhir.
Saya mahu FAM dan pengerusi pengadil melihat semula ulang tayang perlawanan itu bagi memastikan tindakan dibuat pengadil itu betul atau pun tidak. - Wan Jamak Wan Hassan, Jurulatih Kedah
Jaringan Baddrol Bakhtiar seawal minit ke-11 dan Mohd Faizal Abu Bakar pada minit ke-38 dibatalkan pengadil dengan alasan pemain Kedah berada dalam keadaan ofsaid dan Faizal mengganggu penjaga gol Perak, Kamarul Affandi.“Saya mahu FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan pengerusi pengadil melihat semula ulang tayang perlawanan itu bagi memastikan tindakan dibuat pengadil itu betul atau pun tidak,” kata Wan Jamak.
Keputusan kontroversi pengadil itu juga menyebabkan lebih 20,000 penyokong setia pasukan itu tidak puas hati sehingga ada segelintir bertindak agresif membaling objek ke arah pengadil ketika tamat separuh masa pertama.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!