September 29, 2011

Inter Terus Cemerlang!


Snijder dikejar rapat oleh pemain CSKA Moscow, Aldonin Evgeny. 

INTER Milan berjaya mengekalkan momentum kemenangan di bawah kendalian pengurus baru, Cloudio Ranieri selepas mengatasi cabaran CSKA Moscow 3-2 pada aksi Kumpuan B, di tempat lawan awal pagi semalam. 

Inter yang pernah menjulang trofi UCL bersama Jose Mourinho pada 2010 bermula garang menerusi gol pembukaan Lucio pada minit ke-6. 

Pada minit ke-23, anak buah Ranieri menggandakan jaringan menerusi penyerang Giampaolo Pazzini. 

Sebelum babak pertama ditamatkan, Alan Dzagoev berjaya menjaringkan gol pertama tuan rumah sebelum Vagner Love menyumbat gol penyamaan pada minit ke-77. 

Bagaimanapun kegembiraan penyokong tuan rumah tidak bertahan lama apabila dua minit selepas itu Mauro Zarate menjaringkan gol kemenangan Inter.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!