Dimitar Berbatov terlalu kerap di bangku simpanan. Dimitar Berbatov sedia memohon perpindahan Januari, melainkan jika diberi peluang skuad utama dan kontrak baru di Manchester United. Striker Bulgaria itu hanya beraksi 25 minit dalam Liga Perdana musim ini, malah tidak diturunkan semasa lawatan pertengahan minggu ke Benfica. Dia dalam tahun akhir perjanjian semasa di Old Trafford dan walaupun United ada pilihan melanjutkan tempoh 12 bulan pada bila-bila musim ini, Berbatov, 30, berminat mengetahui segera sama ada dirinya masih mempunyai masa depan di kelab itu. Jika kedudukan Berbatov masih tidak menentu menjelang permulaan 2012, dia akan mempertimbangkan meminta bos The Red Devils, Sir Alex Ferguson supaya menjualnya. Inter Milan, Atletico Madrid dan Bayern Munich berminat untuk menandatangani bekas striker Spurs tersebut. Mereka lebih memilih mendapatkan pemain secara percuma musim panas depan dan bukannya membayar yuran pada Januari, tetapi satu pilihan United bagi melanjutkan kontrak bermakna tiada jaminan dia akan didapati secara percuma pada akhir musim ini. |
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!