September 20, 2011

EPL | Terjahan Gamit Ferguson!


Tindakan Ashley Cole menerjah Hernandez mengundang kemarahan Fergie. 

Sir Alex Ferguson mengakui terjahan ‘mengejutkan’ oleh Ashley Cole terhadap Javier Hernandez membayangi kemenangan 3-1 yang dicatatkan oleh Manchester United ke atas pencabar kejuaraan, Chelsea kelmarin.
Skuad kendalian Ferguson mendahului lawan terlebih dulu dengan tiga gol menerusi Chris Smalling, Nani dan Wayne Rooney tatkala juara bertahan itu mengekalkan permulaan sempurna mereka dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL). United kini mendahului pasukan tangga kedua, Manchester City dengan kelebihan dua mata.
Bek kiri Chelsea, Cole dilayangkan kad kuning kerana terjahan keras dua kaki terhadap Hernandez dalam kotak penalti pada minit ke-79 tetapi tiada sepakan penalti diberikan kerana bola keluar dari kawasan permainan. Penyerang Mexico itu terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan yang mungkin akan menyebabkannya diketepikan untuk sekurang-kurangnya dua minggu. 

“Bagi saya, ia terjahan yang mengejutkan. Pengadil melayangkan kad kuning terhadapnya (Cole) dan jika dia melayangkan kad kepadanya, saya tidak tahu kenapa ia bukan satu sepakan penalti,” kata Ferguson. 

“Kami perlu menunggu sehingga pagi kerana kakinya berasa amat sakit. Bagaimanapun, dia mungkin tersisih selama beberapa minggu.” 

Walaupun Ferguson gembira dapat menewaskan pencabar kejuaraan itu, pengendali warga Scotland itu merumuskan bahawa United agak bernasib baik dengan margin kemenangan kerana mereka memberikan terlalu banyak peluang kepada Chelsea serta melakukan beberapa hantaran yang cuai. 

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas, yang kali pertama tewas dalam perlawanan liga sejak April 2010, menegaskan pasukannya berhak memperoleh keputusan lebih baik hasil prestasi ditunjukkan dan gembira dengan cara mereka memberikan tekanan terhadap United pada babak kedua.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!