September 9, 2011

FAM Perosak Bola Sepak Malaysia


Perak menjadi mangsa selepas Kelantan. Selangor bila lagi?

Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman kesal dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang memperkecilkan peranan kelab penyokong negara ini.

Menurutnya, sebagai penyokong mereka berhak mengetahui perkembangan pasukan serta masalah berlaku.

“Tidak guna menjadi penyokong sekiranya, kami tidak berusaha membantu pasukan Perak yang kini sedikit tempang selepas Jawatankuasa Tata tertib FAM tetap menggantung lima tonggak Seladang, selama tujuh perlawanan serta mendenda mereka setiap seorang RM4,000.

“Penyokong Perak membayar tiket, bagi menyaksikan perlawanan dan ini tamparan hebat buat kami dengan kenyataan dikeluarkan pegawai FAM, mengatakan kelab penyokong jangan sibuk dengan hal-hal pengurusan.

“Masalahnya, jika pihak persatuan negeri membuat kenyataan, mereka pasti dikenakan hukuman keras seperti pernah berlaku kepada bekas Naib Presiden FAM dan bekas pengurus pasukan bola sepak Kedah, Datuk Ahmad Basri Akil,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jamil juga menganggap keputusan dilakukan FAM kepada lima pemain Perak kelmarin sebagai sabotaj dalam usaha menggagalkan Perak dalam pertandingan Piala Malaysia kali ini.

Dia turut mempersoalkan tindakan FAM, membiarkan kes ini berlarutan sejak empat bulan dari tarikh insiden (21 Mei 2011) , malah keputusan pengadil dilihat tidak selari.

“Pengadil termasuk dua penjaga garisan perlawanan mendakwa, mendengar pemain Perak mengeluarkan kata-kata kesat, namun pengadil keempat dikatakan tidak pula mendengar perkara tersebut,” katanya.

Keputusan sekali gus, menyaksikan juara tujuh kali Piala Malaysia itu, terpaksa beraksi tanpa khidmat kapten, Shahrulnizam Mustafa, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Nasril Nourdin, Azmeer Yusof dan Mohd Syazwan Roslan pada baki saingan peringkat Kumpulan A.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!