September 9, 2011

Transfer | EPL 9 September 2011 Gossip



Neymar milik Barcelona?

Tottenham bersedia untuk berhadapan dengan QPR dalam mencari peluang untuk menandatangani David Beckham yang akan tamat kontrak bersama LA Galaxy pada November ini.

Liverpool memutuskan untuk bersaing dengan AC Milan dalam usaha untuk menandatangani pemain muda Ajax, Christian Eriksen yang bermain untuk posisi midfield.

Liverpool juga dilaporkan sedang memerhatikan penyerang Crystal Palace yang berusia 18 tahun, Wilfried Zaha. Liverpool mungkin akan membawa masuk pemain ini ke Anfield apabila tingkap perpindahan Januari dibuka.

Roberto Mancini dilaporkan tidak berputus asa untuk mendapatkan pemain midfield Fiorentina, Alessio Cerci setelah gagal mendapatkan pemain itu pada tingkap perpindahan lepas.

Arsenal mungkin tidak akan dapat menandatangani Ricardo Montolivo dari Fiorentina selepas pemain itu bersetuju untuk memperbaharui kontrak bersama kelabnya sekarang.

Pengurus Balckpool, Ian Holloway dilihat cuba membawa masuk penyerang QPR, Rob Hulse yang kini mengalami kecederaan lutut. Hulse tidak tersenarai dalam 25 pemain yang didaftarkan untuk musim 2011/2012.

Laman rasmi Barcelona melaporkan mereka ada membuat perbincangan dengan Neymar untuk perpindahan Januari.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!