July 31, 2011

Singapura Jumpa China, Jordan Dan Iraq Pada Pusingan Ketiga Piala Dunia 2014 Zon Asia


Singapura, yang menyingkirkan Malaysia pada pusingan kedua Piala Dunia 2014 zon Asia Khamis lalu, akan berdepan dengan China, Jordan dan Iraq pada pusingan ketiga pusingan kelayakan tersebut.


Undian perlawanan pusingan awal Piala Dunia Brazil 2014 diadakan di Rio de Janeiro, semalam.

Singapura, yang menewaskan Malaysia dengan agregat 4-6, diletakkan dalam Balang 4 pusingan ketiga zon kelayakan Asia bersama Thailand, Indonesia, Korea DPR dan Lubnan.

Lagenda bola sepak Brazil, Zico, bersama bintang baru Lucas dari Sao Paolo, mengendalikan undian bagi kumpulan zon Asia itu.

Semasa undian itu, Singapura diletakkan dalam Kumpulan A bersama China, Jordan dan Iraq.

Jadual:

2 Sept - China mln Singapura

6 Sept - Singapura mln Iraq

11 Okt - Singapura mln Jordan

11 Nov - Jordan mln Singapura

15 Nov - Singapura mln China

29 Feb (2012) - Iraq mln Singapura

-- BERNAMA


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!