July 31, 2011

Transfer | EPL 31 Julai 2011 Transfer Gossip



Man United memberitahu Wesley Snijder untuk menerima gaji yang rendah atau melupakan hasrat untuk bermain bersama Red Revils di Old Trafford.

Cesc Fabregas dikatakan bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Arsenal setelah Barcelona menambah nilai bidaan kepada £34 juta terhadap pemain itu.

Pemilik Chelsea Roman Abramovich akan meningkatkan nilai bidaan kepada £40 juta terhadap Luka Modric setelah Paris St Germain bersungguh-sungguh untuk mendapatkan khidmat midfield Argentina, Javier Pastore.

Pengurus Tottenham berkata bahawa mereka sanggup bersaing dengan musuh setempat Arsenal bagi mendapatkan pemain sayap Valencia- Juan Mata.

Tottenham juga dikatakan dalam proses untuk mendapatkan Miralem Pjanic, 21,  yang bermain untuk Bosnia dan Lyon dengan harga £10 juta.

Liverpool akan menyediakan sekurang-kurangnya £15 juta untuk mebawa masuk dua orang pertahanan iaitu Jose Enrique (Newcastle United) dan Scott Dann (Birmingham City).

Sunderland mahu mendapatkan pemain sayap Man City- Adam Johnson, 24, secara pinjaman.

Bolton kini cuba untuk mendapatkan Daniel Sturridge dari Chelsea secara pinjaman jangka panjang. Penyerang berusia 21 tahun itu menjaringkan lapan gol dalam 12 penampilan sepanjang enam bulan dipinjamkan kepada Bolton musim lepas.

Pemain tengah West Ham dan England, Scott Parker akan membuat keputusan tentang masa depannya pada minggu hadapan dengan Tottenham dan Chelsea berminat untuk menggunakan khidmat pemain itu.

Penyerang Korea Selatan, Park Chu-Young yang berusia 26 tahun kini menarik minat Liverpool untuk membawa pemain itu ke Anfield.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!