July 28, 2011

Harimau Malaya | Aidil atau Safee?


AIDIL Zafuan Abd Radzak atau Safee Sali? Kedua pemain ini menjadi orang penting yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan, namun keputusan hanya diketahui selepas taklimat pasukan, pagi ini. 

Bagi penyerang berbisa Safee, sekiranya beliau menjadi pili-han Datuk K Rajagobal, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab itu walaupun tahu ia bukan tugas mudah. 

“Siapa orangnya itu tidak penting. Kedua pemain mempunyai pengalaman. Jika saya terpilih, saya akan cuba lakukan yang terbaik pada perlawanan esok (hari ini),” katanya selepas sesi latihan petang semalam di Bukit Jalil. 

Sementara bagi Aidil yang baru pulih dari kecederaan, positif sekiranya diberi tugas sebagai ketua pasukan. 

“Saya akan pastikan pasukan berjuang bersama apabila saya menjadi ketua di padang nanti,” katanya. 

Aidil sebelum ini bertindak sebagai ketua pasukan direhatkan pada dua perlawanan dan tugas tersebut digantikan oleh Safiq Rahim yang tidak akan beraksi selepas dilayangkan kad merah pada pertemuan pertama di Singapura, 23 Julai lalu. 

Manakala Safee hanya pernah menjadi ketua pasukan ketika beraksi bersama skuad negara bawah 23.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!