July 28, 2011

Harimau Malaya vs The Lions 28 Julai 2011 Live Streaming | Ngauman siapa paling kuat?



Tepat jam 8.45 malam,28 Julai 2011 ini, Stadium Stadium Nasional Bukit Jalil pasti bergema apabila Harimau Malaya danThe Lions bertarung bagi membuktikan siapa yang lebih hebat dan ngauman siapa yang paling kuat? Pertembungan ini pasti ditunggu-tunggu peminat kedua-dua pasukan. 

Bagi peminat setia, sudah pasti telah berada di Stadium melihat sendiri secara Live. Namun, yang tidak berkesempatan, pasti tidak akan melepaskan peluang menyaksikan pertembungan musuh tradisi Asia Tenggara yang juga negara jiran di kaca TV masing-masing. Perlawanan secara langsung dijangkakan akan disiarkan di Saluran TV2, Astro Arena dan Channel 5 (Singapore). Bagi yang tidak berada di depan kaca TV tetapi mempunyai kemudahan internet, saksikan saja di Live Streaming.

Kalah dan menang adalah adat pertandingan, namun menyerah sebelum perlawanan bukanlah sikap seorang pejuang kemenangan. Berjuanglah habis-habisan dan buktikanlah kesungguhan dan semangat kesukanan baik pemain, jurulatih, pengurus pasukan mahu pun peminat. Pasukan yang paling kurang melakukan kesilapan pasti akan muncul sebagai pemenang.


MALAYSIA VS SINGAPURA DI SINI

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!