July 7, 2011

EPL | Fabregas Enggan Ke Asia

Cesc Fabregas (gambar) mahu segera menandatangani kontrak untuk menyertai Barcelona sebelum Arsenal berkunjung ke Asia, Ahad ini.
Skuad Gunners akan terbang ke Kuala Lumpur untuk jelajah pra musim sembilan hari tapi kapten yang tidak lagi berminat menyarung jersi Arsenal itu begitu terdesak untuk tidak bersama pasukan itu.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger cuba mententeramkan ketua pasukan itu dengan menerangkan yang situasi dihadapinya itu akan diselesaikan segera tapi Fabregas difahamkan begitu bimbangkan kedudukannya.
Tahun lalu, perpindahan ke Baca tidak menjadi selepas kedua-dua kelab gagal mencapai kata putus mengenai bayaran dan pemain itu bimbang sejarah akan berulang.

Gergasi Catalan membuat tawaran GBP31 juta (RM149.5 juta) untuk Fabregas dengan tambahan GBP5 juta (RM24.1 juta) untuk bekas bintang remaja mereka itu.

Tapi Arsenal setakat ini, enggan beralah daripada harga GBP40 juta (RM192.9 juta) yang ditetapkan. Pemain berusia 24 tahun itu kini terdesak dan mengambil tindakan tegas apabila mengelak daripada menyertai jelajah Asia itu supaya dapat memaksa Arsenal menjualnya.


  INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!