June 11, 2011

Transfer | EPL Gossip 11 Jun 2011

Man City bersedia untuk bersaing dengan Chelsea dan Man United untuk menandatangani Luka Modric dari Spurs pada harga permulaan £30 juta.

Chelsea dan Man City juga akan bersaing untuk mendapatkan Javier Pastore setelah Palermo mengesahkan pemain itu akan berhijrah pada musim panas ini.

Kedua pasukan ini juga terpaksa menunggu sehingga penghujung Julai sebelum mereka boleh membawa masuk pemain Atletico Madrid Sergio Aguero.

Namun Man City kini sedang mempercepatkan urusan membida Alexis Sanchez dari Udinese dengan tawaran £26 juta.

Jerome Boateng dikhabarkan akan meninggalkan Man City pada musim panas ini untuk kembali ke Jerman bersama kelab Bayern Munich.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger hampir berjaya membida Gervinho dari Lille dengan harga £10 juta.

The Gunners juga consider untuk menandatangani pemain U21 Perancis Emmanuel Riviere yang kini bersama kelan Saint Etienne.

Arsenal juga sedang bersaing bersama Man United dan Man City untuk mendapatkan seorang lagi pemain U21 Perancis, Raphaƫl Varane yang kini bermain bersama Lens.

Namun penyerang Denmark Nicklas Bendtner akan meninggalkan Arsenal - penyerang berusia 23 tahun itu yang berharga £12 juta menjadi sasaran kelab Turki, Besiktas.

Liverpool akan cuba mendapatkan Connor Wickham, Stewart Downing, Charlie Adam, Jose Enrique, Gael Clichy, Scott Dann and Charles N'Zogbia berikutan perpindahan Jordan Henderson.

Liverpool juga berminant untuk mendapatkan khidmat Matias Silvestre yang kini bermain bersama pasukan Catania dari Serie A yang turut mendapat perhatian dari beberapa buah kelab Itali dan Sepanyol.

Tottenham memberitahu Sunderland bahawa mereka inginkan Gyan Assamoah sebagai sebahagian dari syarat untuk melepas Crouch.

Darron Gibson mungkin akan berpindah ke Sunderland setelah dia memberitahu bahawa dia harus mengambil peluang bermain di bawah kendalian Steve Bruce.



INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!