June 3, 2011

EPL | Hiddink Sedia Bimbing Chelsea


BEKAS pengurus Chelsea, Guus Hiddink memberitahu dia sedia meninggalkan Turki dan kembali melatih pasukan lamanya yang berpangkalan di Stamford Brigde itu.

Isyarat itu jelas membuktikan pemilik kelab The Blues, Roman Abramovich bercita-cita tinggi mahu membawa masuk Hiddink menggantikan kedudukan Carlo Ancelotti yang dipecat.

“Saya rasa cukup sampai di sini membimbing pasukan kebangsaan.

“Kini, saya mahu mengendalikan pasukan kelab dan terlalu rindukan suasana di Stamford Brigde,” katanya.

Hiddink dijangka bakal mengadakan rundingan secara rasmi dengan Abramovich minggu depan bagi membincangkan soal perjanjian kontrak baru The Blues.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!