May 31, 2011

EPL | Paul Scholes Umum Persaraan


Pemain midfielder Man United, Paul Scholes mengumumkan persaraannya dalam arena bola sepak namun akan kekal di Old Trafford di belakang tabir.

Scholes yang memulakan kariernya bermain bersama akademi bola sepak Man United merupakan sebahagian daripada pemain yang amat ternama dalam pertengahan tahun 1990. Dia telah bermain sebanyak 650 kali bersama Man United.

Sepanjang bersama United, Scholes telah mengecapi 24 kemenangan termasuk 10 kali juara Liga Perdana dan dua kali juara Liga Juara-juara selepas membuat penampilan pada September 1994.

Bagaimanapun, musim ini dilihat amat mencabar baginya apabila janrang diturunkan dalam kesebelasan utama.

Bagi Ferguson pula, Paul Scholes merupakan inspirasi kepada beberapa pemain muda yang berada dalam akademi bola sepak Man United kini.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!