February 13, 2011

PREVIEW PERLAWANAN EPL: FULHAM VS CHELSEA

Fulham telah berjaya memperbaiki permainan mereka sejak beberapa minggu lepas di mana mereka berjaya mencari beberapa kemenangan berbanding hanya seri sebelum ini. Ini memberi sedikit ruang untuk mereka bernafas di dalam tekanan Liga Perdana. Mereka kini berada di pertengahan liga, dan mereka kini berharap agar Bobby Zamora kembali dari kecederaan secepat mungkin. Perlawanan awal pagi ini merupakan ujian yang amat getir buat mereka.

Chelsea dilihat amat tidak bermaya setelah kalah kepada Liverpool di gelanggang sendiri minggu lepas, dan dengan meletakkan tiga penyerang di hadapan nyata tidak mendatangkan apa-apa hasil buat mereka. Mereka perlu mencari formasi yang sesuai bagi memastikan pemain mereka merasa selesa apabila berada di atas padang. Dengan penyerang yang ada sekarang, Ancelotti harus berani mengambil risiko dalam setiap keputusan yang diambil olehnya. Sekiranya mereka tidak berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan malam ini mereka akan berada dalam kedudukan bahaya yang mana mereka mungkin akan tercicir keluar dari 'top four'.

Perlawanan malam ini dijangka seimbang. Walaupun Fulham bermain di tempat sendiri namun gandingan Torres dan Drogba mungkin akan berjaya memberikan tiga mata berharga baut Chelsea.