
Man United v Man City
Man UNited kehilangan rekod tanpa kalah mereka minggu lepas apabila mereka tewas 2-1 kepada kelab tercorot liga, Wolves selepas berjaya menjaringkan gol awal. NAmun begitu, mereka mempunyai rekod bagus di gelanggang sendiri dan ini pasti akan menjamin mereka untuk terus kekal di persada liga. Rekod mereka telah dipecahkan oleh Wolves, dan mereka berharap agar kekalahan ini tidak menjadi permulaan kepada kekalahan berikutnya.
Man City juga mempunyai rekod yang cemerlang beraksi di gelanggang lawan dan perlawanan malam ini pasti menjadi titik tolak kepada Man City untuk membuktikan bahawa mereka masih lagi mempunyai peluang untuk menjadi juara liga.
Bagi saya perlawanan malam ini bukanlah "classic games". Mungkin keputusan seri akan dicatatkan.
Arsenal v Wolves
Arsenal masih merasa keperitan 25 minit dalam perlawanan menentang Newcastle minggu lepas. Setelah mendahului 4-0 dalam separuh masa pertama, Newcastle berjaya bangkit dengan menjaringkan 4 gol dalam masa 25 minit yang menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan seri 4-4. Persembahan mereka di gelanggang sendiri pada awal musim tidaklah boleh dibanggakan namun pada enam perlawanan akhir di gelanggag sendiri, mereka berjaya mengutip 16 mata.
Wolves melakukan sesuatu yang fantastik apabila berjaya menewaskan Man United sekaligus menamantkan rekod tanpa kalah Man United sepanjang musim ini berlangsung. Namun persembahan Wolves tidaklah begitu baik di mana mereka kalah 10 daripada 12 perlawanan di gelanggang lawan. Mereka masih berada dalam zon penyingkiran tetapi mereka telah berjaya memberi saingan ke atas empat pasukan teratas liga. Mereka begitu yakin dapat meneruskan aksi cemerlang dalam perlawanan menentang Arsneal malam ini. Namun agak mustahil bagi Wolves sekiranya mereka ingin menewaskan Arsenal malam ini.
Perlawanan mungkin akan dimenangi Arsenal dengan beza jaringan yang agak besar.
Birmingham v Stoke
Birmingham berjaya mencatatkan kemenangan di gelanggang lawan dalam perlawanan menentang West Ham pada minggu lepas dan sekaligus membawa mereka keluar adari zon penyingkiran. Dengan perlawanan akhir Piala Carling akan berlangsung dalam masa dua minggu lagi mereka mungkin mengharapkan kemenangan dalam perlawanan ini bagi memberi sedikit ruang kepada mereka untuk bernafas.
Stoke juga berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan minggu lepas apabila berjaya menewaskan Sunderland namun dengan bantuan keputusan yang agak lemah dari pengadil perlawanan. Mereka kini berada di tangga ke-9 liga namun mereka hanya tujuh mata di atas zon penyingkiran, dan mereka juga pasti ingin mencatat seberapa banyak kemenangan bagi memastikan mereka terselamat dari penyingkiran.
Perlawanan malam ini pasti akan menyebabkan penonton di stadium sakit tengkuk kerana corak hantaran bola tinggi sering dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Perlawanan dijangka seri.
Blackburn v Newcastle
Blackburn kini berada di pertengahan liga, dan mereka perlu mengekalkan prestasi ini untuk memastikan mereka terus berjaya menempatkan diri dalam Liga Perdana musim depan. Prestasi mereka di gelanggang sendiri masih baik, dan mereka berharap agar dapat melakukan sesuatu dalam perlawanan malam ini.
Newcastle berjaya mencipta kejutan dalam perlawanan menetang Arsenal minggu lepas apabila berjaya mencatat keputusan seri walaupun sudah ketinggalan 4-0 pada separuh masa pertama. Mereka pasti akan meneruskan kecemerlangan mereka malam ini memadangkan persembahan mereka di gelanggang lawan juga amat membanggakan. Walaupun mereka kehilangan Carroll, namun mereka masih lagi mempunyai beberapa penyerang yang boleh diharapkan yang boleh menggantikan Carroll.
Perlawanan malam ini juga dijangka seri berdasar kepada prestasi semasa kedua-dua pasukan.
Blackpool v Aston Villa
Blackpool menunjukkan persembahan yang terbaik sepanjang musim ini. Mereka berjaya mencatat 87 gol daripada 25 perlawanan. Mereka merupakan pasukan yang patut digeruni walaupun bukan pasukan pilihan. Mereka pasti akan meneruskan usaha mereka untuk menjaringkan gol dalam perlawanan malam ini.
Aston Villa kini berada tidak jauh daripada zon penyingkiran. Mereka telas bolos terlalu bayak gol di gelanggang lawan berbanding gelanggang sendiri dan sekiranya mereka berjaya mengelakkan gawang daripada dibolosi malam ini, ia merupakan sesuatu yang mengejutkan. Mereka mempunyai beberapa pemain yang laju dan pasti akan membawa kesukaran buat pertahanan Blackpool.
Mungkin Aston Villa akan mendominasi perlawanan malam ini dan berjaya mencatat kemenangan namun dengan beza jaringan yang amat sedikit.
Liverpool v Wigan
Liverpool berjaya mencatat empat kemenangan berturut-turut setelah berjaya menewaskan musuh tradisi, Chelsea di gelanggang lawan minggu lepas. Setelah keputusan itu, ramai antara peminat Liverpool menyatakan bahawa penjualan Torres memberikan persembahan yang lagi bagus buat pasukan itu. Mereka kini berada enam mata dibawah zon kelayakan Liga Juara-Juara. Sekiranya mereka berjaya mencatat dua lagi kemenangan berturut-turut, mereka pasti mempunyai peluang untuk menyertai kempen Liga Juara-Juara.
Wigan berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan minggu lepas. Namun mereka masih lagi berada dalam zon penyingkiran dengan berada di belakang West Brom dengan hanya perbezaan jaringan gol. Mereka mungkin akan berjaya mengeluarkan diri dari zon penyingkiran. Perlawanan malam ini bukanlah perlawanan yang mudah bagi mereka. Namun mereka pasti akan berusaha untuk memberi saingan dalam perlawanan menentang Liverpool ini.
Walaupun pelbagai usaha dilakukan Wigan dalam perlawanan malam ini, namun kemenangan pasti akan berpihak kepada Liverpool yang mana telah berjaya bangkit dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
West Brom v West Ham
West Brom telah memecat pengurus mereka minggu ini, dan seperti Blackpool, mereka kini bebas tanpa pengurus buat sementara. Hanya perbezaan gol sahaja menyelamatkan mereka daripada zon penyingkiran buat masa kini.
West Ham mempunyai peluang untuk keluar daripada zon penyingkiran dalam perlawanan minggu lepas ketika menentang Birmingham di gelanggang sendiri namun mereka gagal menggunakan peluang itu sepenuhnya apabila gagal mengutip sebarang mata dalam perlawanan itu. Pertahanan mereka begitu teruk dan ini menjadi punca kepada kekalahan mereka.
Perlawanan malam ini memberi kelebihan buat West Brom kerana beraksi di gelanggang sendiri dan mungkin mereka berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan ini.
Sunderland v Tottenham
Sunderland bermain dengan baik dalam perlawanan menentang Stoke pada minggu lepas, namun mereka tidak berjaya memperolehi sebarang mata akibat sistem pengadilan yang lemah. Mereka merupakan pasukan yang kuat dengan menduduki tangga ke-7 liga buat masa kini dan persembahan mereka di gelanggang sendiri juga amat membanggakan.
Spurs mendapat kemenangan melalui jaringan akhir babak perlawanan untuk terus memberikan tekanan kepada Chelsea, namun persembahan mereka di gelanggang lawan tidaklah boleh dibanggakan. Mereka mempunyai beberapa masalah kecederaan dan ini pasti akan menjadi penghalang buat mereka untuk terus memberikan tekanan buat pasukan di atas mereka.
Perlawanan malam ini dijangka akan dimenangi Sunderland berdasar kepada prestasi kedua-dua pasukan.
AHAD, 13 FEBRUARI 2011
Bolton v Everton
Bolton kalah dengan jaringan akhir babak oleh Spurs dalam perlawanan sebelum ini. Setelah bermula dengan agak baik pada permulaan musim, mereka kini berada di tangga ke-8 liga.
Everton pula berjaya menjaringkan lima gol ketika bertemu Blackpool minggu lepas, dengan Louis Saha berjaya menjaringkan empat gol dalam perlawanan tersebut. Namun mereka terpaksa akur apabila bolos sebanyak tiga gol dalam perlawanan itu. Namun sekurang-kurangnya mereka berjaya mencatat kemenangan, dan mereka harus mencatat beberapa lagi kemenangan untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam liga. Dengan kembalinya Tim Cahill, mereka sepatutnya dapat melakukan lebih daripada itu, tapi 12 seri daripada 25 perlawanan mungkin menjadi penyebab kepada kedudukan mereka yang berada di bawah liga.
Perlawanan ini dijangka seri dengan keputusan 2-2.