January 10, 2011

Beckham ke Tottenham

david_beckhamLONDON: Pengurus Tottenham, Harry Redknapp berkata, perjanjian David Beckham yang berkemungkinan dipinjamkan selama dua bulan, boleh berubah kepada perjanjian terus bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Perbincangan mengenai perjanjian pinjaman pemain tengah Los Angeles Galaxy itu akan disambung hujung minggu ini, dengan Beckham yang kini berusia 35 tahun, berhasrat untuk pindah ke Spurs.

Bekas kapten England itu dijadualkan akan kembali ke Galaxy Mac ini bagi musim baru Liga Bola Sepak Utama (MLS), tetapi hanya boleh berpindah selepas kontrak MLS tamat pada November.
Redknapp berkata: “Ada kemungkinan yang kami akan mengambil dia.”
Pengurus Spurs itu menyedari hakikat jika Beckham “datang dan melakukan yang terbaik, dia pasti boleh, saya juga pasti dia menerima banyak tawaran lain. Mereka mahukannya di Qatar... di seluruh dunia.” – AP