January 21, 2011

Anders Lindegaard Sertai Manchester United

Anders_lindegaard_Manchester_unitedMan UNited telah berjaya menandatangani penjaga gol Anders Lindegaard dari kelab Aelesunds.

Penjaga gol yang berusia 26 tahun itu lulus ujian kecergasan di Old Trafford dan telah menandatangani kontrak selama 4 tahun selepas kedua-kedua kelab bersetuju dengan yurang perpindahan yang tidak dinyatakan.

Ferguson merupakan orang yang paling gembira dengan kemasukan Anders dan menyatakan bahawa Anders merupakan seorang penjaga gawang yang mempunyai masa depan cerah di Old Trafford.

Bagi Anders pula, menyertai Man United merupakan satu mimpi yang menjadi kenyataan baginya.

Tambahnya lagi, dia sudah bersedia untuk menggalas tugas sebagai benteng terakhir kepada kelab yang begitu terkenal di dunia ini.

Namun persoalan yang mungkin timbul ialah, dimana peluang penjaga gol kedua mereka, Kusczack?