
Arsenal akan kembali ke persada liga sekiranya mereka menang ke atas Stoke City pada malam ini memandangkan Manchester United akan berhadapan dengan Chelsea pada Ahad dan manchester City akan bermain pada pagi selasa waktu Malaysia.
Alan Pardew akan memulakan tugas keduanya pada minggu ini apabila Newcastle United akan bertemu dengan Birmingham City di tempat lawan. Blackburn Rovers pula akan bertemu dengan West Ham United, Wigan Athletic akan berhadapan dengan Aston Villa manakala Liverpool pula akan berjumpa dengan bekas anak didik Roy Hodgson, Fulham.
SUNDERLAND V BOLTON
Sunderland telah menang dua kali ke atas Bolton pada musim lepas. Kemenangan itu merupakan kemenangan pertama mereka sejak musim 2001/02.
The Black Cats yang tidak pernah mencatat kekalahan di gelanggang sendiri untuk 17 perlawanan.
Bolton pula hanya kalah dua kali di tempat lawan musim ini dan mencatatkan kemenanfan ke atas Blackburn dalam pertemuan minggu lepas.
Dalam tiga perlawanan terakhir EPL antara kedua-dua pasukan di Stadium of Light menyaksikan 13 gol dihasilkan.
ARSENAL V STOKE
Arsenal kini berusaha untuk menebus balik kekalahan mereka kepada Man United dalam pertemuan minggu lepas dengan cuba untuk menang dalam perlawanan menentang Stoke pada minggu ini di Emirates Stadium.
Kelab yang menghuni tangga kedua liga ini mencatatkan dua kekalahan dalam tiga perlawanan akhir di tempat sendiri manakala The Potters pula kalah tiga kali dalam enam perlawanan terakhir di tempat lawan.
Stoke hanya mencatat lima kemenangan daripada 39 perlawanan di Emirates dan kemenangan terakhir mereka ke atas The Gunners adalah pada 29 tahun lepas.
Anak buah Tony Pulis kalah buat pertama kali dalam enam perlawanan liga pada perlawanan minggu lepas apabila dikalahkan oleh Blackpool.
BIRMINGHAM V NEWCASTLE
Kedudukan Birmingham dalam liga kini tidak selamat apabila berada dua mata dari zon penyingkiran dengan menduduki tangga ke 16 liga. Mereka akan menerima kunjungan Newcastle United.
Dalam lima perlawanan sebelum ini mereka mencatat keputusan yang memberangsangkan namun begitu teas mengejut kepada Wolves dalam pertemuan minggu lepas di halaman sendiri. Kekalahan kepada Wolves itu merupakan kekalahan pertama mereka dalam 23 perlawanan di tempat sendiri dalam Barclays Premier League.
Newcastle pula dijangka akan mengekalkan prestasi terbaik mereka musim ini apabila menang bergaya ke atas Liverpool dengan jaringan 3-1 pada minggu lepas di bawah kendalian jurulatih baru mereka Alan Pardew.
Newcastle hanya berjaya menjaringkan lapan gol dan bolos 15 dalam perlawanan di tempat lawan sehingga setakat ini.
BLACKBURN V WEST HAM
Pengendali baru Blackburn Steve Kean akan memulakan tugasnya menentang pasukan tercorot liga West Ham selepas mengambil alih tugas daripada Sam Allardyce yang dipecat.
West Ham kini berharapa akan mendapat mata dalam perlawanan ini setelah mencatat dua kekalahan dalam dua perlawanan terakhir dan mereka juga tidak pernah menang di tempat lawan sepanjang musim ni berlangsung.
Bagaimanapun, The Hammers tidak pernah tewas dalam empat perlawanan di Ewood Park yang menyaksikan mereka mencatat keputusan dua seri dan dua menang.
Blackburn sekarang cuba membida kemenangan ke 250 mereka dalam Premier League manalala West Ham pula memerlukan lima gol untuk mencapai 70 gol dalam EPL.
WIGAN V ASTON VILLA
Wigan kini mencari peluang untuk menang ke atas Aston Villa bagi memastikan mereka dapat keluar dari kelompok tiga terbawah liga.
The Latics hanya berjaya mencatat satu kenenangan di tempat sendiri dan menyaksikan mereka hanya berjaya menghasilkan lapan gol.
Aston Villa pula menamatkan kekalahan tiga kali berturut-turut mereka apabila mencatatkan kemenangan ke atas West Brom dalam pertemuan minggu lepas tetapi hanya mencatat satu kemenangan di tempat lawan sepanjang musim ini.
Villa telah kalah enam perlawanan di tempat lawan dan berjaya menjaringkan lima gol.
LIVERPOOL V FULHAM
Liverpool akan menenrima kunjungan Fulham pada perlawanan hari ini dengan rekod yang agak cemerlang apabila mereka hanya kalah sekali de gelanggang sendiri dan Roy Hodgson akan cuba sedaya upaya untuk memastikan anak buahnya akan menang ke atas kelab lamanya itu.
Bagi Fulham pula mereka hanya berjaya mencatat keputusan seri pada minggu lepas dalam perlawanan menentang Sunderlanddan ini merupakan keputusan seri ke 10 mereka sepanjang musim ini berlangsung.
Fulham sudah tidak mencatatkan kemenangan di tempat lawan dalam EPL selama 16 bulan dan 26 perlawanan dan tidak pernah mencatat kemenangan dalam 23 lawantan ke Anfield.