December 13, 2010

PREVIEW PERLAWANANAN EPL 13 DEC 2010


Perlawanan terakhir saingan EPL untuk minggu ini adalah melibatkan dua gergasi EPL iaitu ARSENAL V MAN UNITED.

Kedua-dua kelab ini telah menikmati pelbagai kejayaan dalam saingan EPL dan mana-mana pasukan yang menang pada malam ini akan menerajui takhta liga dalam kempen mengejar kejuaraan liga.

The Gunners sekarang hanya dipisahkan satu mata dengan Man United namun Man United masih lagi berbaki satu perlawanan apabila perlawanan antara Man United dengan Blackpool terpaksa ditangguhkan akibat cuaca buruk yang melanda.

Man United kini dalam rekod selesa apabila tidak pernah dikalahkan oleh anak buah Arsene Wenger dalam saingan EPL sejak 2007. Arsenal berhasrat untuk menewaskan Man United buat kali pertama apabila mereka sekarang berada di prestasi terbaik setelah memenangi kesemua empat perlawanan akhir di tempat lawan.

Menyingkap perlawanan pada musim lepas, Arsenal mendominasi keseluruhan perlawanan. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila mereka kalah 2-1 setelah Andrey Arshavin memberi mereka gol pendahuluan. Wayne Rooney berjaya menjaringkan gol melalui sepakan penalti sebelum Abou Diaby menjaringkan gol sendiri untuk kemenangan mutlak buat Man United.

Arsenal telah mengalami empat kekalahan pada musim ini dan telah melalui keputusan seri dalam enam perlawanan di luar Emirates Stadium.

Sekiranya anak buah Sir Alex Ferguson berjaya mengelak kekalahan pada malam ini akan menyaksikan mereka mencipta rekod baru dengan perlawanan tanpa kalah sejak bermulanya EPL musim 2010/2011. Buat masa ini mereka mencatat 15 perlawanan tanpa kalah yang mana menyamai kempen 1985/86.

Arsenal hanya menang 15 kali dalam 90 pertemuan liga dengan Man United dan tidak pernah mencatat kemenangan di Old Trafford sejak 2006 apabila Emmanuel Adebayor menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Man United.

STATISTIK PERLAWANAN
Prediction

Manchester United 0-0 Arsenal

Yellow Cards: 5 Red Cards: 0 Penalties: 1

Line-up
Manchester United: Van der Sar, Kuszczak, Amos, Rafael, O'Shea, Ferdinand, Vidic, Smalling, Brown, Evans, Evra, Fabio, Nani, Park, Carrick, Scholes, Anderson, Obertan, Giggs, Rooney, Berbatov, Hernandez, Macheda, Bebe.

Arsenal: Fabianski, Sagna, Squillaci, Djourou, Eboue, Arshavin Song, Wilshere, Nasri, van Persie, Chamakh, Szczesny, Denilson, Rosicky, Koscielny, Walcott, Bendtner, Clichy, Fabregas.